Sad Or Happy Ending? But It Was Beautifully Done


Disebabkan hormon estrogen terlebih membuatkan I emo terlebih bila tengok finale Uncontrollably Fond  buktinya tak pernah-penah nak cerita pasal korean drama dalam blog arini terasa nak cerita lak.

Nak tengok full completed series boleh klik Uncontrollably Fond  thru Kissasian.

Disebabkan hormon estrogen terlebih membuatkan I emo terlebih bila tengok finale Uncontrollably Fond, buktinya tak pernah-penah nak cerita pasal korean drama dalam blog arini terasa nak cerita lak.

scene ni sgt cantik kerana kelopak bunga jatuh bagaikan salju dan wide angle, seems so magical
1st tengok cerita ni sebab my dear sister si hantu korean drama post dekat FB lagu Shin Joon Young (Kim Woo Bin) nyanyi dekat konsert proposing to Noh Eul (Bae Suzy). Hahaha so touch with the scene then i start following this drama. Memula cerita ni macam boring siap boleh main skip-skip lagi tengok. Woo Bin berlakon best tetapi Suzy cam kaku skit kadang-kadang, ingat I sorang jer yang rasa macam tu sbb tak pernah tengok Suzy berlakon tak kenal pun dia selama ni. Rupanya ramai peminat Korean Drama pun bersependapat dengan I. Takpelah nanti pandai la tu kan lagipun peminat ramai kut mesti dapat offer berlakon lagi.

Memula cerita ni cam boring pastu rasa makin menarik tuk tengok tanpa skip-skip walaupun ada jer scene yang make my blood go upstairs hahaha. Ok about the last episode, walaupun dapat rasa macam SJY akan mati tapi tetap nak letak harapan miracle will happen. Furthermore this is korean drama a platform for me to enter unrealistic world where there is no sad ending. Tetapi last 2 episode ini memang sangat meruntun jiwa.

cantikkan setup scene ni, scene Eul kena tinggal

Scene dimana Joon Young bawa Eul kerumah yang dia bina, pergi pasar sama-sama kemudian Joon Young tinggalkan Eul untuk jumpa ayahnya. Berjumpa dengan ayahnya dengan rasa bangga kerana pass exam, sekurang-kurang ada ayahnya tahu perasaan Joon Young selama ini. Dia bangga dengan ayahnya walaupun dia benci dengan tindakan ayahnya.

Ingatan SJH come and go sangat kesian dan sedih, dia tak ingat orang-orang yang sayang. Orang yang dia sayang kena tahan menangis bila Joon Young lupa siapa mereka. Ji Tae berjanji nak jadi abang yang baik dan sayangkan Joon Young sebagai adiknya, aduh sedihnya. 

Scene SJH dengan mak dia sangat meruntun jiwa dimana kedua-dua ucapkan terima kasih dan selamat tinggal sesama sendiri. Sok sek dibuatnya, teringat ummi terus buat makin emo  malam ni.

Scene antara Eul dan Jonn Young duduk dekat buai, jantung rasa nak pecah bila tengok muka Joon Young tidur dengan lena. Duk tertanya tidur biasa jer tidur selamanya ni, Tapi director cerita ni buat ending scene beautifully sebab tak tahu nak rasa sedih ker nak rasa gembira, semua orang yang dalam hidup Joon Young hidup dengan senyuman pada wajah mereka tiada lagi air mata seperti sebelum ni asyik nangis jer bila tahu Joon Young sakit.

Noh Eul living good, smilling, more confiden and dignity. Tetapi hati masih terasa sedih apabila scene Eul cium poster Joon Young dekat perhentian bus dan cakap "Jumpa lagi esok" dengan senyuman bagaikan Joon Young masih lagi ada. Hati rasa macam tercarik-carik tengok. 

Ost : New Empire - A Little Braver



Walaupun rasa tidak adil pada Joon Young kerana dia akhirnya dapat apa yang dia mahu, mak yang kembali sayangkan dia, Eul yang sayangkan dia, ayah yang dia mahukan, kawan-kawan yang sentiasa sokong dia. Kenapa dia kena mati? waaaa

Memanglah hidup ini tidak adil tapi drama korea tak boleh macam ni. Semunya kena indah selepas trajedi. 

Sebenarnya director cerita ni nak jadikan cerita ini hampir mungkin dengan reality dimana hidup tak semuanya indah, tak semuanya seperti yang kita mahukan. Apa pun yang terjadi dalam hidup kita pahit atau manis kita kena hadapi dengan sebaik mungkin.

Disebabkan emo, ayat tunggang langgang tapi korang faham kan. Ok la tu. Tengah tunggu english sub untuk drama W Two World pulak yang ni memang my favourite selepas Descendants Of Sun. Hampir habis juga dan preview finale eposide pun nampak macam sedih juga, TIDAK!!! Kalau bukan happy ending mau emo seminggu ni. Kena makan B Complex lebih skit jawabnya ni nak bagi bertenang.

Ada beberapa cerita menarik sekarang ni yang dalam list tontonan. 
Isnin - Selasa : Scarlet Heart: Ryeo & Moonlight Drawn By Clouds
Rabu - Khamis : W Two World (finale episode), Jelousy Incarnate
Jumaat - Sabtu : Cinderalla With Four Knights

Ada banyak gak Korean Drama yang bakal ditayangkan nampak macam menarik, jadi tunggu jer lah. Drama yang dah complete juga banyak yang menarik, yang ini boleh buat marathon tengok kalau ada masa jadi takder la jiwa terseksa menanti episode baru setiap minggu. Bab nak marathon ni kena buat bila ada masa sbb Shaklee My Love kena diutamakan. Family tu semua toksah la dipertikaikan sebab masa tuk dorang dah allocate sesiap. 

Terima kasih la membaca post ini walaupun bukan macam post yang biasa i buat. Nanti kalau W Two World dah abis jika terasa nak buat review, I buat yer. 

Ok bye for now. Have a nice weekend a head. Kalau nak beli Shaklee jangan lupa cari saya.

0 comment... add one now