Shaklee Nutriferon : Koleksi Testimonial


Nutriferon merupakan penggalak sistem imunisasi yang telah dicipta dan dipatenkan setelah 40 tahun kajian terhadap 200 jenis herba yang berlainan. Nutriferon ada paten yer dan kebanyakkan produk Shaklee ada paten sebab apa? Sebab formula dorang terbaik la, penat dorang buat kajian dan penyelidikan belum kira duit yang dilaburkan, dapat formula terbaik harus paten supaya orang lain tidak boleh tiru. Perasan tak produk yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan ni, dikilangkan menggunakan kilang yang sama dan formula yang sama. Dimana keasliannya? Dimana keberkesanannya? Adakah selamat? Itu semua perlu dititik beratkan. Jika selamat dan berkesan alhamdulillah, kita doakan founder dia berjaya dunia akhirat.

Boleh klik pada link ini untuk bacaan lanjut tentang Nutriferon : 
Nutriferon Shaklee: Kuatkan Imun Badan Anda

Nutriferon sesuai mereka yang mempunyai sistem imun badan yang rendah, bila rendah mereka mudah diserang penyakit. Masalah alergi juga berkaitan dengan imun badan. Jika dilihat daripada testimonial dibawah ramai juga yang anak-anak mengalamai ezema apabila konsisten ambil Nutriferon, ezema anak mereka terkawal. 

Kita yang dewasa ini pun apabila demam atau selsema, jika ambil Nutriferon proses sembuh itu lebih cepat. Saya tak kata lepas makan Nutriferon terus sihat, no no jangan salah anggap. Nutriferon ini supplemen bukannya ubat tetapi lebih baik badan kita sembuh secara alami daripada menggunakan ubat kan.

Bukan kata ubat spital tak elok, no no no jangan salah faham. Kita tetap memerlukan ubat hospital apabila sampai sesuatu perkara cuma jika sakit demam selsema biasa tu biarlah sembuh secara alami kan. Asyik bergantung pada ubat nanti badan tu jadi tak tahan, asyik nak ubat jer. Zaman sekarang ni terlalu banyak pencermaran, radiasi dan kimia dalam kehidupan kita jadi selagi boleh kurangkan kebergantungan pada ubat kita cubalah. Kena sayang badan tu, hendak pakai lama dek non untuk beribadah, bekerja dan untuk hidup. 

Bumi Allah ni luas, banyak benda untuk kita terokai dan belajar. Ilmu Allah tidak akan pernah susur dan tidak akan pernah puas untuk kita belajar. Bak kata Rasulullah belajarla hingga ke negeri China mengapa? kerana dengan mengembara minda kita akan terbuka luas dengan perubahan budaya, bahasa dan cara hidup.

Macam yang terbaru ni viral di Facebook, isteri seseorang telah ditegur solat tanpa telekung siap dirakam. Sedangkan telekung bukan rukun sah solat pun, rukun sah solat pakaian yang bersih dan menutup aurat. Kenapa ini berlaku? kerana tidak terdedah dengan perkara sebegini. Jika pergi ke Mekah, merata-rata kaum wanita solat tanpa telekung malahan sekarang sudah menjadi trend di Malaysia pakaian ready solat untuk memudahkan kaum wanita bersolat dimana sahaja tanpa risau ada telekung atau tidak. Lagi satu smart phone sepatutnya digunakan untuk sesuatu yang baik bukannya digunakan untuk merakam atau menyebarkan aib orang. Allah dah kata kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita. Bukan saya nak kata kes solat tanpa telekung tu mengaibkan, cuma kejadian merakam dan mempunyai niat untuk menviralkan hal itu tidak betul. Andai kata diviralkan, sapa rasanya yang akan malu, wanita yang bersolat tanpa telekung ataupun orang yang memarahi wanita tersebut.

Itu lah gunanya ilmu dan pendedahan. Walaupun saya ni surirumah jarang berjumpa dengan orang luar tetapi saya kena tahu semua ini untuk mendidik anak-anak. Kalau ibu tak tahu bagaimana nak ajar anak-anak dan yang lebih teruk anak-anak tipu ibu kerana tahu yang ibu tak tahu mengenai sesuatu perkara. 

Eh terbebel pulak, maaf yer. Blogger tetap blogger kalau dah dapat menaip mula la melalut. Anggap la ini khidmat masyarakat dan remimder pada diri saya sendiri. 

Saya kumpulkan koleksi testimonial Nutriferon supaya senang korang nak baca dan rujuk. Enjoy
















Ok ini dulu lah, jika ada lagi saya akan update post ini yer. Selamat menjalani kehidupan yang baik dan sihat. 

Be good to people, avoid do bad things, live healthy, solat and read quran, remember death and jugdement day, dont forget selawat to our beloved prophet Nabi Muhammas S.A.W. May Allah bless us all.



0 comment... add one now