Penting Vitamin B Complex Didalam Diet Harian Kita



B complex adalah vitamin yang agak biasa kita jumpa dan dapat jika berjumpa doktor. Kalau mengandung, sakit kepala, lepas bersalin vitamin B Complex mesti ada terselit antara ubat-ubat yang ada. Tetapi pernah tak kita terfikir kenapa kita perlukan B Complex dalam diet harian kita.

Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex (B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin). Vitamin B-Complex adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga.

1. B Complex bertindak sebagai agen penenang sekaligus menghilangkan stress, murung dan kegelisahan. Masalah yang biasa dihadapi apabila mereka sibuk dengan kerjaya dan rumah tangga. Bagaimana B Complex bertindak dengan cara membuatkan otak kita relaks dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan kita. Jadi otak relaks dan darah lancar maka stress pun hilang dan hari akan jadi lebih produktif. Bagi penghidap migrain dengan mengamalkan B Complex, insya allah dapat mengurangkan serangan migrain.

2. B Complex penting kerana ia bertindak menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus meningkatkan metabolisme kita. Ada yang mengatakan B Complex boleh menjadikan seseorang tu gemuk kerana selera makannya bertambah. Pendapat peribadi saya, betul selera makan akan bertambah kerana metabolisme sudah meningkat dan kadar pembakaran makanan juga menjadi lebih cepat jadi bagi mereka yang mengikut nafsu pasti la naik badan sebab bila lapar jer makan. Cuba kawal nafsu dan pilih makanan anda, bila lapar cuba makan makanan yang berkhasiat dan berfiber contohnya oat, roti serat penuh (whole meal), oat bran dan buah-buahan bukannya bila lapar jer makan mee goreng, mihun goreng, roti canai dan segala yang berlemak. Sejujurnya, b complex boleh membantu penurunan berat badan dengan syarat pil B Complex tersebut mempunyai cukup 8 vitamin dari kumpulan B Complex.

3. B Complex adalah vitamin larut air dan mudah hilang melalui sistem pencernaan kita. B complex juga amat sensitif dengan haba jadi apabila memasak makanan yang mempunyai vitamin B complex ada kemungkinan ia sudah terhapus semasa proses memasak. Jadi ia perlu diganti setiap hari.



Kekurangan B Complex.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS SECARA UMUM.

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK.

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA.

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG.

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. mencegah anaemia (hemoglobin low)



8 Komponen Utama Vitamin B Complex

1. Vitamin B-1 (Thiamine)

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :

§ melancarkan metabolisme

§ melancarkan peredaran darah

§ mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak

§ mencegah terjadinya kerosakan urat saraf

§ memulihkan gangguan saraf


2. Vitamin B2 (Riboflavin)

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :

§ memlancarkan metabolisme

§ meningkatkan kekebalan tubuh

§ menjaga keseimbangan garam-garam mineral

§ membantu sintetis RNA dan DNA


3. Vitamin B3 (Niasin)

Sumber : tuna, ayam belanda, ayam, dedak gandum, telur, daging, keju, oat, buah-buahan kering dan beras perang.

Manfaat :

§membantu dalam pengeluaran hormon tiroid

§untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol bagi menghasilkan tenaga



4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik)

Sumber : daging, ayam, telur, kekacang, gandum bran, roti bijirin dan sayuran hijau.

Manfaat :

§merupakan asas kepada penghasilan tenaga di dalam badan

§memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan



5. Vitamin B6 (Pyridoxine)

Sumber : bijirin, ayam, pisang, daging, telur, avokado dan buah-buahan kering.

Manfaat :

§membantu dalam peraturan dan pengeluaran tiroid

§memainkan peranan penting dalam metabolisme lemak, terutamanya asid lemak tidak tepu

§memastikan sistem metabolisme berfungsi dengan betul



6. Vitamin B12 (Cyanocobalamin)

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :

§ mencegah kerosakan urat saraf

§ membantu pembentukan sel darah merah

§ melancarkan metabolisme sistem tubuh

§ mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga



7. Biotin

Sumber : daging, kuning telur, pisang, kekacang, ragi dan gandum

Manfaat :

§Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen

§membantu B Complex berfungsi dengan lebih efektif

§cegah rabun, rambut beruban dan gugur

§diebetis,sakit otot,ezema dan keradangan kulit



8.Folate

Sumber : bayam, lobak cina, kacang kering , bijirin, biji bunga matahari, kentang, tomat, telur, hati

Manfaat :

§ Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah

§ kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks

§mengurangan anemia, osteoporosis, ulser dan kesihatan kulit. 






Bagaimana memilih B Complex yang baik?

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,B12,Biotin dan Folate) sebagaimana yang dinyatakan di dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1,B2,B3 dan B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larur air (sustain release)



Mengapa B Complex Shaklee adalah berbeza?


1. Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik semulajadi yang pertama di dunia dengan kebolehserapan yang sangat tinggi. Berbanding dengan yang berada dipasaran kebanyakkannya sintetsik.

2. Mengandungi 8 komponen didalam Vitamin B.

3. Mengandungi 100% biotin dan asid folik.


Berminat Dengan Produk Shaklee, Boleh Hubungi Saya Di:






1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 17 November, 2016
b complex pun untuk kecantikan !! hee~ suke !! suke !!