Cerita Bilik Tidur [Untuk Yang Sudah Halal Sahaja]

image

image

jika Berminat boleh klik pada "Beli Disini" untuk pembelian:

Beli Di Sini


Apabila melihat sepasang warga emas berjalan berpegangan tangan terasa sweet sangat kan, sudah berumur tapi masih lagi lovey dovey. Seronokkan kalau kita dan pasangan kita macam itu juga. Macam Ellie n Carl dari cerita kartun Up, loving jer dan support each other no matter what.

    Kata orang tua-tua kalau nak pikat suami melalui perutnya, maknanya kena pandai masak la kan kalau tak pandai masak macam mana pula. Kita kena pandai benda lain lah pula. Salah satu caranya semarakkan suasana hubungan di bilik tidur. Para suami dan para isteri haruslah bekerjasama untuk menjayakan usahasama ini barulah aman rumah tangga.

    Ada macam- macam produk dan macam-macam teknik boleh didapati dan dipelajari. Bagi ketat, bagi tahan lama dan macam-macam lagilah. Pilih sahaja yang mana berkenan dihati. Kenapa perlu tahu semua ini? Bagi isteri, suami didunia inilah suami kita apabila kita disyurga Allah nanti manakala bagi sang suami Allah telah menyediakan para bidadari buat mereka. Jadi tak kan lah kita sebagai isteri hendak menyerah kalah pada para bidadari. Isteri adalah ketua bidadari di syurga nanti, tara kasi chance punya hehehe. Tetapi hendak ganjaran syurga, hendak bertemu disyurga WAJIBLAH jaga hubungan dengan Sang Pencipta kita iaitu Allah dulu.

    Ok berbalik kepada cerita bilik tidur, kacip fatimah memang sinonum dengan wanita tetapi ALFALFA juga bagus untuk dalaman wanita. Bagi mereka mempunyai masalah keputihan, alfalfa boleh membantu dan dalam masa yang sama mengetatkan apa yang patut dan juga membantu untuk mencapai libido. Bertindak sebagai fiber dan agen detoks alfalfa membantu badan kita membuang toksin yang berkumpul didalam badan secara lembut. 

    Vitamin E memang bagus untuk kulit dan juga rambut tetapi tahu tak ia juga bagus untuk sang suami. Vitamin E mengalakkan perjalanan darah dan membantu ereksi. Untuk kesihatan sperma vitamin E memang antara yang terbaik, membantu menghasilkan sperma yang berkualiti dan bagus. 

     Kedua-dua ini suami isteri boleh ambil tiada masalah kerana suami isteri akan dapat manfaatnya. Hendak memastikan rumahtangga sentiasa hangat ini antara usahanya. 

  Antara tips untuk menyemarakkan hubungan suami isteri supaya kasih sayang bertambah-tambah setiap hari.

jika Berminat boleh klik pada "Beli Disini" untuk pembelian: 

 Beli Disini

===========================
20 Amalan Romantik Suami Isteri
===========================
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 

 
jika Berminat boleh klik pada "Beli Disini" untuk pembelian: 

Beli Disini


atau


0 comment... add one now