Hadapi Musim Hujan Dengan Penuh Gaya...


hujan yang turun bagaikan mutiara…berkilau bersinar berkerdipan…
subur menghijau bumi terbentang…dan bayu berpuput lembut..
Cinta yang bersemi di waktu hujan turun…menyirami ketandusan hati…
Dan hujan turut mengiringi..engkau pergi….
Asal hujan jer nak feeling feeling..
ngonti an porangai tu..baco doa maso ujan laie bagus…

Masa duduk dekat quarters KTM dulu dekat dalam bilik air ada saluran untuk tadah air hujan, kalau hujan apa lagi main air la jawabnya. Masa tu umur dalam 3 4 tahun kut, hari tu hujan lebat pastu tetiba Ummi bawak gi dapur tunjuk salur air tu then suruh mandi air tu pergh seronok tak terkata itulah antara memori yang ingat masa duduk sana. Hujan ni rahmat walau macam mana lebat, macam mana ganas pun ia turun sebab tu antara waktu mustajab doa adalah waktu hujan dan ada doa untuk baca masa hujan. Jadi janganlah sesekali mengeluh atau salahkan hujan apabila aktiviti kita tertangguh disebabkan hujan, umpama kita salahkan Allah. Besar sangatkah kita nak lawan kuasa Allah. Memang dekat rumah ni kalau ada yang mengeluh sebab hujan kena cepat-cepat ingatkan hujan tu rahmat Allah tak baik mengeluh.

Waktu musim terkujuh ni bahagian timur Malaysia yang paling kena bersedia sebabnya musim banjir, sekarang pun dah mula banjir yang paling tak sangka dekat tempat yang dulunya mana pernah kena banjir. Kesian mereka yang kena hadapi banjir setiap tahun, alah bisa tegal biasa bagi yang setiap tahun hadapi benda yang sama tetapi bagi mereka yang tidak pernah doakan mereka tabah. Sama-sama juga kita doakan mereka selamat daripada bencana banjir dan jika termasuk dalam golongan yang ditimpa musibah banjir mereka selamat daripada mara bahaya yang memudaratkan. Rakyat Malaysia mana yang mampu jangan lupa menderma dan hulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.

Apabila musim hujan kebiasaannya kesihatan kita pun mulalah kacau bilau sikit bagi yang imun badan tu rendah ketika ni la mudah kena selsema atau demam. Kalau yang kerja dalam aircond lagilah, mula lah rasa macam kerja dekat kutub utara sebab sejuk. Perubahan suhu selalunya buat badan kita lemah dan mulalah selsema, demam atau batuk. Kebiasaan musim sakit macam ni, stok ubat atau supplemen memang get ready kat rumah, masa ni jugak klinik memang laku keras.

Macam biasa tukang sebar demam kat umah ni namanya Irfan hehehe kesian anak aku kena tuduh. Jadi kalau dia mula rasa badan tak sedap ibu kena alert lebih sikit, dulu masa baby dia ni memang rajin demam. Imun badan dia tak berapa kuat tetapi makin besar alhamdulillah nampak beza sebab dah jarang sakit. Cuma bila dia sakit memang akan berjangkit satu rumah dah jadi trend tak tahu napa.

Untuk kali ni, ibu dah up kan dose Vitamin C tuk bebudak ni jadi 2 biji sehari. Waktu musim demam macam ni supplemen yang seeloknya ada dekat rumah adalah Nutriferon, Omega Guard, Basic H, Herbal Blend dan Vitamin C.

Nutriferon - untuk kuatkan imunisasi badan supaya dapat lawan bakteria, virus yang mula say hi.

Omega Guard - untuk mencairkan kahak dan kuatkan imunisasi badan juga.

Vitamin C - untuk elak selsema dan singkirkan toksin. Kadang kala ubat or supplemen lambat berkesan bila toksin banyak dalam badan.

Basic H - untuk buat mandi kalau suhu tinggi sangat bila demam.


Herbal Blend - sapu dekat badan selepas untuk turunkan suhu badan.


Kalau boleh biarlah semuanya yang di atas ada dekat rumah, paling tidak sebahagian supaya boleh jadi 1st aid. Cuba rawat sendiri dulu sebelum ambil ubat, supaya badan kita tidak terlalu bergantung pada ubat. Ubat kan dadah juga, apabila terlalu bergantung susah dikemudian hari. Kita kuatkan imunisasi badan untuk melawan penyakit yang biasa-biasa ni macam demam, selsema dan batuk. Lagi-lagi untuk anak-anak kita, badan dorang muda lagi kan. Cegah lebih baik dari merawat kan.


0 comment... add one now